
Saya amat terharu dengan kemelut politik yang sedang berlaku di Perak, bukan apa yang bergaduh adalah sesama Melayu malah melibatkan Kebawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan Perak iaitu Raja Melayu. Apa yang berlaku pada waktu ini dilihat seolah-olah orang-orang Melayu menjadi penari manakala tukang gendang dan tukang sorak bukannya orang Melayu.
Saya teringat apa yang telah dan sedang berlaku di Gaza dimana Rakyat Palestin sedang menderita akibat kekejaman rejim Zionis Israel Laknatullah, yang mana Hamas dan fatah yg tak bersependapat dan selalu berbalah. maka Yahudi mengambil kesempatan untuk menghina orang-orang Islam di sana dengan melakukan kekejaman mengikut kehendak mereka. Apakah kita mahu perkara seumpama itu berlaku di tanah tumpah darah kita.
Apakah Melayu tidak boleh bersatu. UMNO dan PAS biasa bersatu pada satu masa dahulu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti politik yang besar dan ahlinya adalah orang Melayu, dimanakah pemimpin=pemimpin besar seperti Tok-tok Guru yang digelar Ulama dan Peminpin-pemimpin dari UMNO yang bijak. Apakah mereka tidak memikirkan bagaimana untuk menyatukan orang-orang Melayu. Orang Melayu adalah Islam dan orang-orang Islam adalah bersaudara. Tak malu kah mengelarkan diri sebagai pemimpin Melayu dan Islam sedangkan orang-orang Melayu dan Islam masih tidak bersatu. Jangan biarkan UMNO dan PAS menjadi seperti Fatah dan Hamas maka mudah lah orang lain mengambil kesempatan keatas kita dan jangan lah biarkan tanahair kita berlaku seperti di Gaza.
Pada pemimpin PAS dan UMNO jangan lah jadikan diri sebagai Pemimpin dan Ulama Dunia kerana kita masih ada akhirat yang kekal selama-selamanya.
