
Alkisah tersebutlah cerita sepasang Anjing yang tinggal nun jauh di sebuah negara yang besar dan padat dengan warga anjing nya, Di negara Anjing sepet itu mereka merasa susah untuk mencari sesuap makan kerana terlalu banyak anjing-anjing yang seangkatan dengan mereka. Berkata lah sang Anjing Jantan kpd Anjing Betina "Wooh wooh... Aiyaa... sini banyak susah mau cari makan, Aku ingat mau ajak u pi lain tempat" maka berbincang lah mereka berdua ekor sepanjang malam dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain bagi meneruskan hidup yang melarat di tanahair yang terlalu padat dengan segala mak nenek anjing.
Maka bermula lah perjalanan anjing berdua ekor itu mengikut kaki berjalan dan berlari naik bukit.... turun bukit....., masuk hutan..... keluar hutan.... Memang dasar Sang Anjing kat mana pun boleh, sambil berlari maupun sambil berjalan pun jadi, maka dalam perjalanan itu maka Anjing betina itu pun termengandung. Perjalanan diteruskan hingga lah Anjing Betina merasakan masa untuk beranak dah hampir tiba. Berkata lah Sang Betina pada lakinya "Aiya Darling, rasa puppies sudah mau keluar la, mesti mau cari tempat"
Semasa berjalan mereka terpandang sebuah bangsal yang memang sesuai untuk anjing Betina beranak. Kelihatan seorang manusia berada dekat bangsal tersebut. Maka depa pun menghampiri dan menegur orang itu, lalu Anjing Jantan meminta kebenaran untuk menumpang bangsal itu dan depa berjanji akan keluar selepas Anjing Betina beranak. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun bersetuju untuk membenarkan Anjing Betina menumpang beranak di bangsal nya dan balik kerumah nya yang terletak agak jauh dari bangsal yg di gunakan utk berehat semasa musim durian.
Setelah seminggu, tuan bangsal pergi untuk menebas di dusunnya dan singgah di bangsal tersebut dia dapati Anjing betina telah selamat beranak 8 ekor semuanya. Macam tu lah bangsa Anjing sekali beranak bukan sikit-sikit dan bertanyalah Tuan Bangsal pada anjing-anjing tersebut dah beranak pun bila nak keluar. Maka merayulah anjing berdua itu agar di benarkan depa duduk kat situ kerana anak-anak anjing tu tak boleh berjalan lagi. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun berasa kasihan dan memberi kebenaran pada anjing-anjing tersebut. Setelah sebulan kemudian Tuan bangsal pergi ke dusunnya dan ternampak anak-anak anjing sedang bermain terlompat-lompat dekat bangsal miliknya. Tuan Bangsal pun mendekati bangsal tersebut dan bertanya kepada Mak Anjing bila nak keluar kerana anak-anak anjingnya sudah boleh bermain dan berjalan. Mak Anjing pun meminta tempoh sekali lagi kerana katanya anak-anak-anaknya tak boleh cari makan sendiri dan masih menyusu lagi, kesian la pulak Tuan bangsal pada anjing-anjing itu lalu membenarkan mereka untuk tinggal disitu buat beberapa ketika lagi.
Oleh kerana kesihatan yang kurang baik Tuan Bangsal pun tidak lah ke dusunnya agak sekian lama, lebih kurang setahun. Setelah kesihatannya pulih sepenuhnya terfikirlah dia untuk pergi melihat dusunnya yang telah lama dibiarkan. Setelah sampai ke dusunnya alangkah terkejut Tuan Bangsal apabila disergah oleh lapan ekor anjing, menyalak dan hendak mengigitnya. Maka lari lah Tuan bangsal lintang pukang dikejar oleh anjing-anjing yang garang yang telah lupa asal-usul mereka. Begitu lah sifat anjing, mula-mula menumpang lepas tu nak jadi tuan. Marilah kita mengambil iktibar dari kisah anjing tadi. Teringat Peribahasa Melayu "Menolong Anjing Tersepit", "Bagai Kacang Lupakan Kulit"
