Wednesday, 11 February 2009

KELUHAN MELAYU PULAU PINANG

Alangkah bahagianya negeri yang mempunyai Raja, bertuahnya Melayu dibawah naungan Raja Berdaulat.

Semenjak kerajaan bertukar tangan alangkah terasa betapa nasib kami di Pulau Pinang. Peniaga peniaga Melayu yang berniaga di sebuah komplek Perniagaan di Bukit Mertajam yang dahulunya mendapat potongan sewa kedai sebanyak 20% kini terpingga-pingga kerana tiada lagi potongan sewa yang telah diberikan. Dalam krisis ekonomi yang meruncing ketika ini apakah minoriti orang-orang Melayu yang bertapak di kompleks membeli belah tersebut mampu bertahan di sana sedangkan majoriti pelanggan yang mengunjungi kompleks ini adalah orang-orang Melayu. Keistimewaan orang-orang Melayu telah tolak.Kompleks yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam ini pada asalnya adalah tapak sebuah mesjid dan pada zaman DSAI menjadi TPM ia telah bertukar menjadi sebuah kompleks membeli belah dan Hotel yang telah di bangunkan oleh JKP dibawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai sebuah agensi kerajaan JKP yang sepatutnya menjaga kepentingan Bumiputera kini telah tiada lagi kuasa dalam pentadbiran kompleks ini. Yang tinggal hanya lah ZKP Development Sdn Bhd sebagai tuan bangunan dan UDA masih bertindak sebagai Tuan Tanah. Dimanakah peranan UDA sebagai sebuah agensi kerajaan untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu

Dimanakah orang-orang Melayu yang berniaga di komplek ini akan mengadu, kalau dulu masih ada tempat untuk orang-orang Melayu mengadu, YB Senator Datuk Hj Musa bin Hj Sheikh Fadzir berjuang habis habisan bagi mendapatkan hak peniaga-peniaga Melayu di komplek perniagaan ini, kini mereka terumbang ambing mencari pohon untuk bertaut.

Tidak sampai setahun memerintah, hak-hak orang Melayu telah berani diketepikan. Apakah agenda mereka seterusnya, Sedarlah wahai Bangsa ku..

1 comment:

Anonymous said...

melayu perlu bersatu. Syabas saudara kerana mengajak org2 melayu bersatu