Thursday, 19 March 2009

PERARAKAN MALIDUL RASUL MENYATUPADUKAN UMAH

Alhamdulillah, syabas kepada Masjid Sungai Rambai dengan kerjasama UMNO bahagian Bukit Mertajam yang telah berjaya menganjurkan Majlis Perarakan Malidul Rasul pada hari Ahad 15hb Mac,2009 yang lalu.

Majlis yang di ketuai oleh YB Senator Datuk Hj Musa Bin Hj Sheikh Fadzir Ahli Dewan Negara merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam bersama dengan kehadiran lebih 70 Kontijen merangkumi lebih daripada 1,300 orang mengambil bahagian.

Peserta yang berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai memulakan perarakan pada jam 8.30 pagi berarak mengelilingi pekan Bukit Mertajam sambil berselawat dan bernasyid memuji junjungan besar, Nabi Muhamad SAW dan kebesaran Illahi. Takbir Allahhuakbar berselang seli diantara kontijen bergema di pekan Bukit Mertajam.



Saya amat berbangga berada dalam majlis tersebut kerana kelihatan ada peserta yang terlibat dari kalangan yang berbeza fahaman politik. Mereka sanggup mengenepikan fahaman politik masing-masing dan bersatu kerana Agama & Bangsa. Itulah yang kita harapkan. bersesuaian dengan tema majlis "WADAH PEMANGKIN UMMAH" Kita mesti tunjukkan dan biar orang lihat bahawa kita orang-orang Melayu boleh bersatu.

Perarakan berakhir di Masjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam dan ceramah Malidul Rasul disampaikan oleh penceramah terkenal Ustaz Ismail Che Ros.
Tahniah kepada pihak penganjur, UMNO Bahagian Bukit Mertajam dan Masjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam kerana Majlis tersebut benar-benar berjaya menyampaikan mesej kepada semua, bahawa orang-orang Melayu boleh bersatu.
ALLAHUAKBAR.... ALLAHUAKBAR......... ALLAHUAKBAR
HIDUP MELAYU............