Monday, 3 September 2012

Title 1

DATO' KAWAN MEMANDA BENDAHARA                       PENYAMUN TARBUS

Tersebut lah kisah negeri Darul Ridzuan yang termasyor di seluruh negara yg kaya dengan hasil buminya nya. Bijeh Timah, Bijeh besi, pasir sungai, pasir lombong, kayu balak dan berjenis-jenis batu batan tertanam di buminya Darul Ridzuan. Dulu masa Menteri Pasola bermaharajalela selama 11 purnama sempat juga kuncu-kuncu nya merompak khazanah yg ada tapi Darul Ridzuan masih bernasib baik kerana kuasa Menteri Passola hanya dapat bertahan hanya 11 purnama saja kalau tidak Darul Ridzuan akan jadi Padang Jarak Padang Terkukur lah alamatnya.


Teringatkan kerakusan Menteri Passola Dan kuncu-kuncu nya merompak harta negeri, tetiba Kekewan Memanda Bendahara terfikir lah juga sementara Memanda Bendahara  masih berkuasa mengapa tidak mengambil peluang yang ada. Sebelum Menteri Passola kembali menyerang dan sekiranya tidak bernasib baik Darul Ridzuan kembali jatuh ketangan Menteri Passola lebih baik bertindak sekarang, cepat.... Menteri Passola akan tiba pada bila-bila masa saja lagi,  Setelah gendang di palu maka beradu lah tentera-tentera Memanda Bendahara dan bala tentera Menteri Passola yang sama gagah dan sama kuat, 
belum tentu Memanda Bendahara dapat mempertahankan Kuasanya, kalau tewas maka rugi lah mereka, mereka harus bertindak cepat.




Sahabat- sahabat Memanda Bendahara pun bukan calang manusia, ada yang berpangkat Dato' dan sebagainya,  banyak yang tewas kepada serangan sekutu-sekutu Menteri Passola di negeri mereka. Mereka2 ini juga sudah kaya raya merompak semasa memerintah negeri mereka sebelum ditawan oleh sekutu Menteri Passola tapi masih tamak haloba mencari harta dan Darul Ridzuan yang telah dirampas semula oleh sahabat mereka Memanda Bendahara saja yang menjadi sasaran seterus nya untuk mengaut harta. 



Pening juga Memanda Bendahara memikirkan tentang sahabat-sahabat nya yg mula mengerumuni negeri Darul Ridzuan, Bermacam permintaan di aju kepada Memanda Bendahara untuk mengaut khazanah negeri Darul Ridzuan yang masyur dengan kekayaan hasil buminya. Rakyat Darul Ridzuan sedang memerhati kerakusan  sahabat-sahabat Memanda Bendahara, akibatnyw maka terfikir juga mereka bahawa lebih kurang saja Memanda Bendahara dengan Menteri Passola dan yang berputih mata ialah rakyat negeri Darul Ridzuan sendiri yang hanya mampu melihat saja Dato' lanun-lanun luar merompak khazanah negeri mereka.

Bersambung..........











Thursday, 30 August 2012

Penyamun Tarbus

DATO' PENYAMUN TARBUS & MENTERI PASOLA


Siri 1

Alkisah tersebutlah satu cerita di sebuah Negeri Darul Ridzuan, yang kaya raya dengan hasil buminya. Rakyat hidup seperti biasa di bawah naungan ke bawah Duli Baginda Tunku Raja yang bijaksana serta Paduka Raja Muda yg tinggi     ilmunya.

Memanda Bendahara baru yang telah merampas kembali kuasa daripada Menteri Pasola yang sempat memerintah selama 11 bulan yang telah banyak mengkucar kacirkan negeri terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memulihkan keadaan negeri.



Semasa Menteri Pasola memerintah negeri, banyak harta kazanah negeri telah diberi kepada suku sakat nya yang entah dari mana asal usul nya. Rakyat peribumi hanya mampu melihat dan berputih mata mendengar dan melihat harta negeri di bahagi-bahagi sesama talibarut-talibarut Menteri Pasola.

Alhamdulillah, di bawah pemerintahan Memanda Bendahara yg baru ini, banyak yang telah diperbaiki. Dengan dibantu oleh menteri-menteri yg di lantik oleh Memanda Bendahara, Darul Ridzuan kembali makmur dan nampak maju. Walaubagaimana pun Menteri Pasola tidak berputus asa, memasang statergi, menyusun  langkah untuk sekali lagi merampas kuasa pemerintahan negeri Darul Ridzuan.

Memanda Bendahara yang bekerja kuat siang dan malam bagi kemakmuran negeri Darul Ridzuan agak kecewa kerana kekuatan beliau bersama jemaah menterinya belum meyakinkan beliau untuk mempertahankan serangan dari kekuatan Menteri Pasola bersama sekutu-sekutu beliau yg entah dari mana datang nya.

Tambahan pula dengan terpengaruhnya rakyat Darul Ridzuan dengan dakyah dan janji manis Menteri Pasola serta talibarut nya membuat Memanda Bendahara resah gelisah menghitung hari menanti serangan yg bakal datang dan tetap akan tiba pada bila-bila masa saja dari Menteri Pasola.

Kesian Memanda Bendahara.... yg bekerja kuat tapi ada juga rakan-rakan yang mengambil kesempatan seperti juga suku sakat Menteri Pasola, merampas kazanah negeri. Mereka ini tahu yg masa sudah tidak lama lagi tinggal, Menteri Pasola Dan sekutunya sudah pasti akan datang menyerang Darul Ridzuan       semula, dan mereka juga tidak yakin Memanda Bendahara dapat mempertahankan pemerintahannya. Oleh itu mereka mencari jalan untuk membolot harta  negara demi tembolok mereka.

Mereka harus cepat... secepat kilat.... dengan apa cara sekalipun menipu, merampas, merompak ataupun menyamun, kerana masa sudah hampir tiba, Menteri   Pasola sudah bersedia untuk menyerang Darul Ridzuan dan Memanda Bendahhara kini sedang sibuk memikirkan cara untuk mempertahankan kuasanya...................bersambung.....


Siri kedua..... Dato' Kawan Memanda Bendahara Penyamun Tarbus.










Thursday, 23 August 2012

PRU 13 BILA???

Mengapa Datuk Seri Najib masih lagi bertangguh untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke13? Sudah pasti ada sebabnya. Pemimpin2 BN mesti tertanya-tanya kenapa dan bila...

Sebagai seorang Perdana Menteri Dan telah lama berkecimpung dalam arena politik sudah tentu mempunyai alasan yang munasabah mengapa PRU13 masih lagi tidak dapat dilakssnakan.

Bagi Anak Tok Kun cukup bersetuju dengan keputusan yg dibuat oleh Perdana Menteri kerana pada pandangan ATK Jentera Pilihanraya BN masih belum cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 tersebut. Masalah dalaman UMNO dan BN di beberapa peringkat Negeri dan Bahagian pun banyak belum dapat diselesaikan malah makin meruncing dan sudah pasti memberi kesan negatif kepada BN dalam keputusan Pilihanraya nanti.

Ketua-ketua Bahagian Dan Pengurusi Perhubungan Umno Negeri jangan lah mendabib dada kononnya telah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 kerana Dato' Seri Najib lebih tahu keadaan semasa dan segala-galanya.

MERDEKA

Jalur Gemilang, Kemegahan Malaysia
Kibarkan bendera kita

AKAN KEMBALI BERBLOG

Insyakallah