DATO' PENYAMUN TARBUS & MENTERI PASOLA
Siri 1
Alkisah tersebutlah satu cerita di sebuah Negeri Darul Ridzuan, yang kaya raya dengan hasil buminya. Rakyat hidup seperti biasa di bawah naungan ke bawah Duli Baginda Tunku Raja yang bijaksana serta Paduka Raja Muda yg tinggi ilmunya.
Memanda Bendahara baru yang telah merampas kembali kuasa daripada Menteri Pasola yang sempat memerintah selama 11 bulan yang telah banyak mengkucar kacirkan negeri terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memulihkan keadaan negeri.
Semasa Menteri Pasola memerintah negeri, banyak harta kazanah negeri telah diberi kepada suku sakat nya yang entah dari mana asal usul nya. Rakyat peribumi hanya mampu melihat dan berputih mata mendengar dan melihat harta negeri di bahagi-bahagi sesama talibarut-talibarut Menteri Pasola.
Alhamdulillah, di bawah pemerintahan Memanda Bendahara yg baru ini, banyak yang telah diperbaiki. Dengan dibantu oleh menteri-menteri yg di lantik oleh Memanda Bendahara, Darul Ridzuan kembali makmur dan nampak maju. Walaubagaimana pun Menteri Pasola tidak berputus asa, memasang statergi, menyusun langkah untuk sekali lagi merampas kuasa pemerintahan negeri Darul Ridzuan.
Memanda Bendahara yang bekerja kuat siang dan malam bagi kemakmuran negeri Darul Ridzuan agak kecewa kerana kekuatan beliau bersama jemaah menterinya belum meyakinkan beliau untuk mempertahankan serangan dari kekuatan Menteri Pasola bersama sekutu-sekutu beliau yg entah dari mana datang nya.
Tambahan pula dengan terpengaruhnya rakyat Darul Ridzuan dengan dakyah dan janji manis Menteri Pasola serta talibarut nya membuat Memanda Bendahara resah gelisah menghitung hari menanti serangan yg bakal datang dan tetap akan tiba pada bila-bila masa saja dari Menteri Pasola.
Kesian Memanda Bendahara.... yg bekerja kuat tapi ada juga rakan-rakan yang mengambil kesempatan seperti juga suku sakat Menteri Pasola, merampas kazanah negeri. Mereka ini tahu yg masa sudah tidak lama lagi tinggal, Menteri Pasola Dan sekutunya sudah pasti akan datang menyerang Darul Ridzuan semula, dan mereka juga tidak yakin Memanda Bendahara dapat mempertahankan pemerintahannya. Oleh itu mereka mencari jalan untuk membolot harta negara demi tembolok mereka.
Mereka harus cepat... secepat kilat.... dengan apa cara sekalipun menipu, merampas, merompak ataupun menyamun, kerana masa sudah hampir tiba, Menteri Pasola sudah bersedia untuk menyerang Darul Ridzuan dan Memanda Bendahhara kini sedang sibuk memikirkan cara untuk mempertahankan kuasanya...................bersambung.....
Siri kedua..... Dato' Kawan Memanda Bendahara Penyamun Tarbus.

