Monday, 3 September 2012
Title 1
Tersebut lah kisah negeri Darul Ridzuan yang termasyor di seluruh negara yg kaya dengan hasil buminya nya. Bijeh Timah, Bijeh besi, pasir sungai, pasir lombong, kayu balak dan berjenis-jenis batu batan tertanam di buminya Darul Ridzuan. Dulu masa Menteri Pasola bermaharajalela selama 11 purnama sempat juga kuncu-kuncu nya merompak khazanah yg ada tapi Darul Ridzuan masih bernasib baik kerana kuasa Menteri Passola hanya dapat bertahan hanya 11 purnama saja kalau tidak Darul Ridzuan akan jadi Padang Jarak Padang Terkukur lah alamatnya.
Teringatkan kerakusan Menteri Passola Dan kuncu-kuncu nya merompak harta negeri, tetiba Kekewan Memanda Bendahara terfikir lah juga sementara Memanda Bendahara masih berkuasa mengapa tidak mengambil peluang yang ada. Sebelum Menteri Passola kembali menyerang dan sekiranya tidak bernasib baik Darul Ridzuan kembali jatuh ketangan Menteri Passola lebih baik bertindak sekarang, cepat.... Menteri Passola akan tiba pada bila-bila masa saja lagi, Setelah gendang di palu maka beradu lah tentera-tentera Memanda Bendahara dan bala tentera Menteri Passola yang sama gagah dan sama kuat,
belum tentu Memanda Bendahara dapat mempertahankan Kuasanya, kalau tewas maka rugi lah mereka, mereka harus bertindak cepat.
Sahabat- sahabat Memanda Bendahara pun bukan calang manusia, ada yang berpangkat Dato' dan sebagainya, banyak yang tewas kepada serangan sekutu-sekutu Menteri Passola di negeri mereka. Mereka2 ini juga sudah kaya raya merompak semasa memerintah negeri mereka sebelum ditawan oleh sekutu Menteri Passola tapi masih tamak haloba mencari harta dan Darul Ridzuan yang telah dirampas semula oleh sahabat mereka Memanda Bendahara saja yang menjadi sasaran seterus nya untuk mengaut harta.
Pening juga Memanda Bendahara memikirkan tentang sahabat-sahabat nya yg mula mengerumuni negeri Darul Ridzuan, Bermacam permintaan di aju kepada Memanda Bendahara untuk mengaut khazanah negeri Darul Ridzuan yang masyur dengan kekayaan hasil buminya. Rakyat Darul Ridzuan sedang memerhati kerakusan sahabat-sahabat Memanda Bendahara, akibatnyw maka terfikir juga mereka bahawa lebih kurang saja Memanda Bendahara dengan Menteri Passola dan yang berputih mata ialah rakyat negeri Darul Ridzuan sendiri yang hanya mampu melihat saja Dato' lanun-lanun luar merompak khazanah negeri mereka.
Bersambung..........
Thursday, 30 August 2012
Penyamun Tarbus
DATO' PENYAMUN TARBUS & MENTERI PASOLA
Siri 1
Alkisah tersebutlah satu cerita di sebuah Negeri Darul Ridzuan, yang kaya raya dengan hasil buminya. Rakyat hidup seperti biasa di bawah naungan ke bawah Duli Baginda Tunku Raja yang bijaksana serta Paduka Raja Muda yg tinggi ilmunya.
Memanda Bendahara baru yang telah merampas kembali kuasa daripada Menteri Pasola yang sempat memerintah selama 11 bulan yang telah banyak mengkucar kacirkan negeri terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memulihkan keadaan negeri.
Semasa Menteri Pasola memerintah negeri, banyak harta kazanah negeri telah diberi kepada suku sakat nya yang entah dari mana asal usul nya. Rakyat peribumi hanya mampu melihat dan berputih mata mendengar dan melihat harta negeri di bahagi-bahagi sesama talibarut-talibarut Menteri Pasola.
Alhamdulillah, di bawah pemerintahan Memanda Bendahara yg baru ini, banyak yang telah diperbaiki. Dengan dibantu oleh menteri-menteri yg di lantik oleh Memanda Bendahara, Darul Ridzuan kembali makmur dan nampak maju. Walaubagaimana pun Menteri Pasola tidak berputus asa, memasang statergi, menyusun langkah untuk sekali lagi merampas kuasa pemerintahan negeri Darul Ridzuan.
Memanda Bendahara yang bekerja kuat siang dan malam bagi kemakmuran negeri Darul Ridzuan agak kecewa kerana kekuatan beliau bersama jemaah menterinya belum meyakinkan beliau untuk mempertahankan serangan dari kekuatan Menteri Pasola bersama sekutu-sekutu beliau yg entah dari mana datang nya.
Tambahan pula dengan terpengaruhnya rakyat Darul Ridzuan dengan dakyah dan janji manis Menteri Pasola serta talibarut nya membuat Memanda Bendahara resah gelisah menghitung hari menanti serangan yg bakal datang dan tetap akan tiba pada bila-bila masa saja dari Menteri Pasola.
Kesian Memanda Bendahara.... yg bekerja kuat tapi ada juga rakan-rakan yang mengambil kesempatan seperti juga suku sakat Menteri Pasola, merampas kazanah negeri. Mereka ini tahu yg masa sudah tidak lama lagi tinggal, Menteri Pasola Dan sekutunya sudah pasti akan datang menyerang Darul Ridzuan semula, dan mereka juga tidak yakin Memanda Bendahara dapat mempertahankan pemerintahannya. Oleh itu mereka mencari jalan untuk membolot harta negara demi tembolok mereka.
Mereka harus cepat... secepat kilat.... dengan apa cara sekalipun menipu, merampas, merompak ataupun menyamun, kerana masa sudah hampir tiba, Menteri Pasola sudah bersedia untuk menyerang Darul Ridzuan dan Memanda Bendahhara kini sedang sibuk memikirkan cara untuk mempertahankan kuasanya...................bersambung.....
Siri kedua..... Dato' Kawan Memanda Bendahara Penyamun Tarbus.
Thursday, 23 August 2012
PRU 13 BILA???
Mengapa Datuk Seri Najib masih lagi bertangguh untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke13? Sudah pasti ada sebabnya. Pemimpin2 BN mesti tertanya-tanya kenapa dan bila...
Sebagai seorang Perdana Menteri Dan telah lama berkecimpung dalam arena politik sudah tentu mempunyai alasan yang munasabah mengapa PRU13 masih lagi tidak dapat dilakssnakan.
Bagi Anak Tok Kun cukup bersetuju dengan keputusan yg dibuat oleh Perdana Menteri kerana pada pandangan ATK Jentera Pilihanraya BN masih belum cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 tersebut. Masalah dalaman UMNO dan BN di beberapa peringkat Negeri dan Bahagian pun banyak belum dapat diselesaikan malah makin meruncing dan sudah pasti memberi kesan negatif kepada BN dalam keputusan Pilihanraya nanti.
Ketua-ketua Bahagian Dan Pengurusi Perhubungan Umno Negeri jangan lah mendabib dada kononnya telah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 kerana Dato' Seri Najib lebih tahu keadaan semasa dan segala-galanya.
Sebagai seorang Perdana Menteri Dan telah lama berkecimpung dalam arena politik sudah tentu mempunyai alasan yang munasabah mengapa PRU13 masih lagi tidak dapat dilakssnakan.
Bagi Anak Tok Kun cukup bersetuju dengan keputusan yg dibuat oleh Perdana Menteri kerana pada pandangan ATK Jentera Pilihanraya BN masih belum cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 tersebut. Masalah dalaman UMNO dan BN di beberapa peringkat Negeri dan Bahagian pun banyak belum dapat diselesaikan malah makin meruncing dan sudah pasti memberi kesan negatif kepada BN dalam keputusan Pilihanraya nanti.
Ketua-ketua Bahagian Dan Pengurusi Perhubungan Umno Negeri jangan lah mendabib dada kononnya telah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 kerana Dato' Seri Najib lebih tahu keadaan semasa dan segala-galanya.
Monday, 1 June 2009
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N12 PENANTI

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi. Semua calon bebas hilang deposit.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dan berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi kemenangan kepada calon PKR, Mansor Othman hari ini.
Katanya, sejak 14 bulan lalu, pengundi di situ telah berdepan dengan tiga kali pilihanraya, termasuk pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dimenanginya.Namun begitu, katanya, mereka tetap menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat.
Keputusan itu juga, tambah Anwar, menunjukkan bahawa 'keadilan' tetap mendapat sokongan rakyat.Beliau juga memuji penduduk Penanti kerana membuat pilihan yang betul dengan memilih Mansor sebagai wakil rakyat mereka dan bakal dilantik timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Anwar berharap, amanah yang diberi rakyat itu akan mendorongkan Mansor untuk bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan Mansor, Anwar berkata walaupun peratusan mengundi rendah, tetapi ia adalah satu kemenangan yang meyakinkan.
Sementara itu, Mansor pula berkata, beliau sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.Katanya, beliau akan mendapatkan tunjuk ajar daripada Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Lim pula berkata, beliau menyokong pelantikan Mansor sebagai timbalan ketua menteri 1 dan akan mengangkut sumpah Rabu ini.
Katanya, beliau mengalu-alukan pelantikan Mansor yang merupakan seorang pemimpin yang berkemampuan dengan kelulusan akademik yang cemerlang untuk membantunya mentadbir Pulau Pinang.
ANAK TOK KUN - Apa lagi yang brother Anwar nak kata, bagai ayam jantan berkokok tapi ekor penuh dengan tahi, "menang sorak, UNDI longlai. Mana nak letak muka Brother Anwar, kalau di kubu kuat sendiri pun pengikut dah mula lari. Cakap bagi serupa bikin la... nak cakap apa lagi majoriti tinggi tapi undi sikit. Apalagi nak dihamburkan kat BN ataupun DS Najib, hentam lah, rakyat dah mula jelek dan bosan dengan tohmahan dan fitnah.
Boleh kah kuda race tua tu pi lari selepas kalah sampai 3 kali, tapi kerana sayangkan kuda tua tu bawa pi lawan padang sendiri, menang pun orang tak puji. Nak jadi TKM 1 jadi lah, tempat lain orang tak terima so jadi TKM Penanti lah ataupun TKM Permatang Pauh saja lah nampaknya.
Chot dengan Minah memang sepadan.
Bagai pinang dibelah dua... he.. he..
Saturday, 30 May 2009
MELAYU DERHAKA untuk Siapa???
(Petikan daripada malaysiahariini.com)
SEBAHAGIAN besar orang-orang Melayu sedang berusaha dengan begitu gigih untuk membunuh kuasa orang-orang Melayu. Semakin hari semakin luar biasa orang-orang Melayu bertindak. Malah kita tidak pernah terfikir ada orang-orang Melayu yang sanggup bersama Cina DAP untuk membunuh keimanan dan masa depan orang-orang Melayu baik secara senyap mahupun terbuka.
Kita tidak pernah terfikir bahawa orang-orang Melayu hari ini sudah berani menentang Raja-Raja Melayu secara terbuka. Orang-orang Melayu sudah berani mengangkat muka di depan Sultan dan lebih jauh lagi ada orang Melayu sanggup menderhaka kepada Sultan yang selama ini sejak dari zaman merdeka hingga ke hari ini, orang-orang Melayu begitu menghormatinya.
Kenapa DAP jadi begitu berani? Kenapa DAP berani menjadi biadab dan kurang ajar begitu sekali? Kenapa DAP beria-ia mahu merampas kuasa di Perak? Jawapannya cukup mudah kerana ada orang Melayu terutama sekali daripada PAS dan KeADILan yang menyokong tindakan mereka. Orang-orang Melayu yang bersedia mengorbankan nyawa, jiwa dan raga hanya untuk memastikan DAP dapat berkuasa walaupun Cina DAP begitu biadap dan kurang ajar.
DAP tidak akan sama sekali kurang ajar kalaulah tidak ada seorang dua Melayu yang lupa warna kulit dan darahnya sebagai orang Melayu menyokong mereka. Ada orang Melayu yang sanggup mati demi memberikan kuasa kepada Cina DAP, ada orang Melayu yang sanggup berbaring di depan kereta Raja Muda Perak kerana marah apabila DAP tidak lagi berkuasa di Perak. Ada orang Melayu yang begitu kemaruk menyokong Nizar walaupun mereka sedar Nizar hanyalah alat kepada Cina DAP untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu.
Mereka menggunakan sistem demokrasi sebagai alat untuk menghalalkan tindakan mereka walaupun mereka sedar tindakan itu akan meruntuhkan sistem pemerintahan Melayu dan keagungan kuasa Raja-Raja Melayu. Meraka jadi buta tentang sejarah dan sanggup membutakan mata hanya kerana ketaksuban mereka kepada Cina DAP.
Ada pula Hakim Melayu yang sanggup menjadi tali barut kepada Cina DAP untuk meruntuhkan institusi dan penghormatan terhadap Raja-Raja Melayu dengan menjadikan mahkamah seperti sarkas dan di tangan Hakim ini, mahkamah akhirnya jadi kandang kambing gurun yang kotor serta menjijikkan.
Tanya Hakim Abdul Aziz, apa hubungan dia dengan Anwar Ibrahim yang telah dianggap sebagai pengkhianat kepada kepimpinan Melayu di Negara ini? Hakim ini jugalah yang secara terang-terangan menghina institusi Raja-Raja Melayu apabila menolak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang memaktubkan kuasa Sultannya.
Tanya Hakim Abdul Aziz bagaimana Nizar boleh tahu dari awal bahawa dia menang kes dan selepas sahaja keputusan dibuat, Nizar telah mengedarkan kenyataan akhbar dan tindakan-tindakan yang akan dia ambil. kerana menang kes lawan Zambry Bagaimana keputusan Hakim boleh diketahui awal kalaulah tidak ada konspirasi.Apabila tangan Hakim kotor maka catatan keputusannya akan turut jadi kotor dan menjijikan kepada orang Melayu yang menolak seks bontot.
Orang Melayu tidak sedar bahawa DAP sedang memperalatkan mereka. DAP memperalatkan Nizar dan PAS dan hanya kerana mahu kuasa semata-mata. Orang-orang Melayu dalam PAS dan KeADILan sanggup bersekongkol dengan Cina DAP dan sanggup meludah kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Bukan sahaja Melayu di Perak tetapi kebanyakan Melayu di seluruh Malaysia sudah semakin lupa sejarah. Mereka mudah lupa peristiwa J.W.W Birch, mereka lupa peristiwa Si Pitung, mereka lupa sejarah Tok Janggut, Mat Kilau dan seberapa ramai lagi pejuang Melayu yang menumpahkan darah serta mengorbankan nyawa untuk mempertahankan nasib dan masa depan orang-orang Melayu di Negara ini.
Hanya kerana mahu Cina DAP berkuasa, orang-orang Melayu lupa diri, lupa tentang masa lalu dan menerima DAP seperti menerima PAP di Singapura dan lihatlah bagaimana Melayu di Singapura dilayan oleh Cina PAP? Barangkali inilah yang mereka mahu supaya berlaku di Perak.
PAS tidak usah mendabik dada, sombong, angkuh atau apa sahaja. Kemenangan Nizar bukan kemenangan PAS, kemenangan Nizar bukan kemenangan Melayu dan orang-orang Melayu Perak juga kena sedar bahawa mereka tidak perlu lakukan sembahyang hajat atau apa sahaja majlis kesyukuran kerana perjuangan sebahagian besar Melayu di Perak termasuk sanggup menghina Sultan bukan kemenangan PAS ataupun kemenangan orang-orang Melayu tetapi kemenangan itu adalah kemenangan Cina DAP, parti yang dianggotai oleh orang-orang kafir laknatullah.
PAS tidak usah mendabik dada, sombong, angkuh atau apa sahaja. Kemenangan Nizar bukan kemenangan PAS, kemenangan Nizar bukan kemenangan Melayu dan orang-orang Melayu Perak juga kena sedar bahawa mereka tidak perlu lakukan sembahyang hajat atau apa sahaja majlis kesyukuran kerana perjuangan sebahagian besar Melayu di Perak termasuk sanggup menghina Sultan bukan kemenangan PAS ataupun kemenangan orang-orang Melayu tetapi kemenangan itu adalah kemenangan Cina DAP, parti yang dianggotai oleh orang-orang kafir laknatullah.
Sungguh malang kepada kita orang Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini. Kita sedang membuka jalan supaya bangsa kita dipijak oleh bangsa lain yang sememangnya sentiasa mengintai peluang untuk meruntuhkan institusi Melayu di Negara ini.
Benar UMNO dan BN ada cacat celanya. Selagi pemimpin mereka itu bernama manusia, mereka tidak akan lepas dari dosa dan noda tetapi dalam UMNO, pemimpinnya Melayu yang beragama Islam, apakah tidak terdetik langsung dalam perjuangan PAS bahawa seburuk-buruk pemimpin UMNO di mata mereka, sekurang-kurangnya apabila ada kalangan kita yang meninggal dunia, kita akan menerima sedekah sekurang-kurangnya Al-Fatehah tapi apakah Cina DAP yang begitu kuat kita pertahankan hari ini akan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Qur`an apabila ada antara kita meninggal dunia?
Marilah kita sama-sama melakukan solat istikharah dan bertanya kepada diri kita sendiri, apakah betul tindakan kita terutama sekali di Perak, menderhaka kepada Sultan, menyokong Cina DAP sehingga sanggup mencaci maki kawan sebangsa dan seagama dan adakah betul tindakan PAS yang sanggup menjadi kuda tua kepada Cina DAP hanya kerana mahukan kerusi Menteri Besar semata-mata? Dan Melayukah Nizar ini?
Berfikirlah kita orang-orang Melayu sebelum kita menangis di suatu hari nanti apabila orang-orang Melayu hilang kuasa dan jadi pengemis di tanah kelahiran sendiri.
ANAK TOKUN
Orang Melayu sudah tidak sedar diri apabila diperalatkan oleh seorang Melayu yang berkepentingan diri, malah yang paling sedih ialah kerana yang dapat untung adalah bangsa lain.
Buat apa jadi pemimpin kalau tidak ada kuasa, dicucuk hidung seperti kerbau dan lembu. Apakah kerana gaji dan elaun dua puluh ataupun tiga puluh ribu bermegah dengan kereta besar sanggup menipu bangsa merngatakan kita berkuasa. Pada hakikatnya pada orang yang celik, orang seperti inilah pengkhianat bangsa. Sanggup mengadai negeri untuk kepentingan diri.
Kerana pemimpin ini lah orang-orang Melayu yang buta hati, buta minda sanggup menderhaka kepada raja, pakai serban tidur atas jalan, kononnya perjuangan, padahal apa yang mereka buat adalah untuk kepentingan siapa? Anak Cina makan pengat, Sendirilah mau ingat......
Raja yang diderhaka bukan calang-calang raja, Raja melayu..... raja yang tau hukum-hakam, bekas Hakim Negara tau, dan raja yang ada PHd pulak tu. Apa-apa keputusan mesti dikaji bukan buat buta-tuli.
Tak sampai setahun memerintah apa yang mereka buat, konon nya demokrasi, tanah kerajaan di beri pada siapa?? Pak lebai dan Pak haji ada dapat ke? Orang-orang yang dapat tanah tak tidur atas jalan pun, siap tepuk tangan lagi, seronok tengok sarkas.
Berjuang biarlah bertempat, Raja Melayu adalah Payung bangsa. Kita patut berjuang mempertahankan raja, bukan menderhaka.
Berjuanglah untuk Agama Bangsa Dan Negara. Itulah Perjuangan Sejati.
Subscribe to:
Comments (Atom)



