
KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi. Semua calon bebas hilang deposit.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dan berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi kemenangan kepada calon PKR, Mansor Othman hari ini.
Katanya, sejak 14 bulan lalu, pengundi di situ telah berdepan dengan tiga kali pilihanraya, termasuk pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dimenanginya.Namun begitu, katanya, mereka tetap menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat.
Keputusan itu juga, tambah Anwar, menunjukkan bahawa 'keadilan' tetap mendapat sokongan rakyat.Beliau juga memuji penduduk Penanti kerana membuat pilihan yang betul dengan memilih Mansor sebagai wakil rakyat mereka dan bakal dilantik timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Anwar berharap, amanah yang diberi rakyat itu akan mendorongkan Mansor untuk bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan Mansor, Anwar berkata walaupun peratusan mengundi rendah, tetapi ia adalah satu kemenangan yang meyakinkan.
Sementara itu, Mansor pula berkata, beliau sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.Katanya, beliau akan mendapatkan tunjuk ajar daripada Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Lim pula berkata, beliau menyokong pelantikan Mansor sebagai timbalan ketua menteri 1 dan akan mengangkut sumpah Rabu ini.
Katanya, beliau mengalu-alukan pelantikan Mansor yang merupakan seorang pemimpin yang berkemampuan dengan kelulusan akademik yang cemerlang untuk membantunya mentadbir Pulau Pinang.
ANAK TOK KUN - Apa lagi yang brother Anwar nak kata, bagai ayam jantan berkokok tapi ekor penuh dengan tahi, "menang sorak, UNDI longlai. Mana nak letak muka Brother Anwar, kalau di kubu kuat sendiri pun pengikut dah mula lari. Cakap bagi serupa bikin la... nak cakap apa lagi majoriti tinggi tapi undi sikit. Apalagi nak dihamburkan kat BN ataupun DS Najib, hentam lah, rakyat dah mula jelek dan bosan dengan tohmahan dan fitnah.
Boleh kah kuda race tua tu pi lari selepas kalah sampai 3 kali, tapi kerana sayangkan kuda tua tu bawa pi lawan padang sendiri, menang pun orang tak puji. Nak jadi TKM 1 jadi lah, tempat lain orang tak terima so jadi TKM Penanti lah ataupun TKM Permatang Pauh saja lah nampaknya.
Chot dengan Minah memang sepadan.
Bagai pinang dibelah dua... he.. he..

No comments:
Post a Comment