Wednesday, 25 February 2009

MELAYU OH MELAYU


Saya amat terharu dengan kemelut politik yang sedang berlaku di Perak, bukan apa yang bergaduh adalah sesama Melayu malah melibatkan Kebawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan Perak iaitu Raja Melayu. Apa yang berlaku pada waktu ini dilihat seolah-olah orang-orang Melayu menjadi penari manakala tukang gendang dan tukang sorak bukannya orang Melayu.

Saya teringat apa yang telah dan sedang berlaku di Gaza dimana Rakyat Palestin sedang menderita akibat kekejaman rejim Zionis Israel Laknatullah, yang mana Hamas dan fatah yg tak bersependapat dan selalu berbalah. maka Yahudi mengambil kesempatan untuk menghina orang-orang Islam di sana dengan melakukan kekejaman mengikut kehendak mereka. Apakah kita mahu perkara seumpama itu berlaku di tanah tumpah darah kita.

Apakah Melayu tidak boleh bersatu. UMNO dan PAS biasa bersatu pada satu masa dahulu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti politik yang besar dan ahlinya adalah orang Melayu, dimanakah pemimpin=pemimpin besar seperti Tok-tok Guru yang digelar Ulama dan Peminpin-pemimpin dari UMNO yang bijak. Apakah mereka tidak memikirkan bagaimana untuk menyatukan orang-orang Melayu. Orang Melayu adalah Islam dan orang-orang Islam adalah bersaudara. Tak malu kah mengelarkan diri sebagai pemimpin Melayu dan Islam sedangkan orang-orang Melayu dan Islam masih tidak bersatu. Jangan biarkan UMNO dan PAS menjadi seperti Fatah dan Hamas maka mudah lah orang lain mengambil kesempatan keatas kita dan jangan lah biarkan tanahair kita berlaku seperti di Gaza.
Pada pemimpin PAS dan UMNO jangan lah jadikan diri sebagai Pemimpin dan Ulama Dunia kerana kita masih ada akhirat yang kekal selama-selamanya.

Wednesday, 11 February 2009

KISAH ANJING DAN TUAN BANGSAL YANG BAIK HATI


Alkisah tersebutlah cerita sepasang Anjing yang tinggal nun jauh di sebuah negara yang besar dan padat dengan warga anjing nya, Di negara Anjing sepet itu mereka merasa susah untuk mencari sesuap makan kerana terlalu banyak anjing-anjing yang seangkatan dengan mereka. Berkata lah sang Anjing Jantan kpd Anjing Betina "Wooh wooh... Aiyaa... sini banyak susah mau cari makan, Aku ingat mau ajak u pi lain tempat" maka berbincang lah mereka berdua ekor sepanjang malam dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain bagi meneruskan hidup yang melarat di tanahair yang terlalu padat dengan segala mak nenek anjing.

Maka bermula lah perjalanan anjing berdua ekor itu mengikut kaki berjalan dan berlari naik bukit.... turun bukit....., masuk hutan..... keluar hutan.... Memang dasar Sang Anjing kat mana pun boleh, sambil berlari maupun sambil berjalan pun jadi, maka dalam perjalanan itu maka Anjing betina itu pun termengandung. Perjalanan diteruskan hingga lah Anjing Betina merasakan masa untuk beranak dah hampir tiba. Berkata lah Sang Betina pada lakinya "Aiya Darling, rasa puppies sudah mau keluar la, mesti mau cari tempat"

Semasa berjalan mereka terpandang sebuah bangsal yang memang sesuai untuk anjing Betina beranak. Kelihatan seorang manusia berada dekat bangsal tersebut. Maka depa pun menghampiri dan menegur orang itu, lalu Anjing Jantan meminta kebenaran untuk menumpang bangsal itu dan depa berjanji akan keluar selepas Anjing Betina beranak. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun bersetuju untuk membenarkan Anjing Betina menumpang beranak di bangsal nya dan balik kerumah nya yang terletak agak jauh dari bangsal yg di gunakan utk berehat semasa musim durian.
Setelah seminggu, tuan bangsal pergi untuk menebas di dusunnya dan singgah di bangsal tersebut dia dapati Anjing betina telah selamat beranak 8 ekor semuanya. Macam tu lah bangsa Anjing sekali beranak bukan sikit-sikit dan bertanyalah Tuan Bangsal pada anjing-anjing tersebut dah beranak pun bila nak keluar. Maka merayulah anjing berdua itu agar di benarkan depa duduk kat situ kerana anak-anak anjing tu tak boleh berjalan lagi. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun berasa kasihan dan memberi kebenaran pada anjing-anjing tersebut.

Setelah sebulan kemudian Tuan bangsal pergi ke dusunnya dan ternampak anak-anak anjing sedang bermain terlompat-lompat dekat bangsal miliknya. Tuan Bangsal pun mendekati bangsal tersebut dan bertanya kepada Mak Anjing bila nak keluar kerana anak-anak anjingnya sudah boleh bermain dan berjalan. Mak Anjing pun meminta tempoh sekali lagi kerana katanya anak-anak-anaknya tak boleh cari makan sendiri dan masih menyusu lagi, kesian la pulak Tuan bangsal pada anjing-anjing itu lalu membenarkan mereka untuk tinggal disitu buat beberapa ketika lagi.

Oleh kerana kesihatan yang kurang baik Tuan Bangsal pun tidak lah ke dusunnya agak sekian lama, lebih kurang setahun. Setelah kesihatannya pulih sepenuhnya terfikirlah dia untuk pergi melihat dusunnya yang telah lama dibiarkan. Setelah sampai ke dusunnya alangkah terkejut Tuan Bangsal apabila disergah oleh lapan ekor anjing, menyalak dan hendak mengigitnya. Maka lari lah Tuan bangsal lintang pukang dikejar oleh anjing-anjing yang garang yang telah lupa asal-usul mereka.


Begitu lah sifat anjing, mula-mula menumpang lepas tu nak jadi tuan. Marilah kita mengambil iktibar dari kisah anjing tadi. Teringat Peribahasa Melayu "Menolong Anjing Tersepit", "Bagai Kacang Lupakan Kulit"

KELUHAN MELAYU PULAU PINANG

Alangkah bahagianya negeri yang mempunyai Raja, bertuahnya Melayu dibawah naungan Raja Berdaulat.

Semenjak kerajaan bertukar tangan alangkah terasa betapa nasib kami di Pulau Pinang. Peniaga peniaga Melayu yang berniaga di sebuah komplek Perniagaan di Bukit Mertajam yang dahulunya mendapat potongan sewa kedai sebanyak 20% kini terpingga-pingga kerana tiada lagi potongan sewa yang telah diberikan. Dalam krisis ekonomi yang meruncing ketika ini apakah minoriti orang-orang Melayu yang bertapak di kompleks membeli belah tersebut mampu bertahan di sana sedangkan majoriti pelanggan yang mengunjungi kompleks ini adalah orang-orang Melayu. Keistimewaan orang-orang Melayu telah tolak.Kompleks yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam ini pada asalnya adalah tapak sebuah mesjid dan pada zaman DSAI menjadi TPM ia telah bertukar menjadi sebuah kompleks membeli belah dan Hotel yang telah di bangunkan oleh JKP dibawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai sebuah agensi kerajaan JKP yang sepatutnya menjaga kepentingan Bumiputera kini telah tiada lagi kuasa dalam pentadbiran kompleks ini. Yang tinggal hanya lah ZKP Development Sdn Bhd sebagai tuan bangunan dan UDA masih bertindak sebagai Tuan Tanah. Dimanakah peranan UDA sebagai sebuah agensi kerajaan untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu

Dimanakah orang-orang Melayu yang berniaga di komplek ini akan mengadu, kalau dulu masih ada tempat untuk orang-orang Melayu mengadu, YB Senator Datuk Hj Musa bin Hj Sheikh Fadzir berjuang habis habisan bagi mendapatkan hak peniaga-peniaga Melayu di komplek perniagaan ini, kini mereka terumbang ambing mencari pohon untuk bertaut.

Tidak sampai setahun memerintah, hak-hak orang Melayu telah berani diketepikan. Apakah agenda mereka seterusnya, Sedarlah wahai Bangsa ku..

Monday, 9 February 2009

KARPAL OH KARPAL

Lapuran Polis di buat oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang terhadap
KARPAL SINGH
di Ibupejabat Polis Daerah Bukit Mertajam Bandar Perda



The Singh who sails a ship is "KARPAL SINGH" apa dah jadi Mr Karpal, walaupun kamu seorang peguam yang termasyur di Malaysia tidak bererti undang undang itu hanya kamu yang punya. Sebagai seorang yang mengaku Warganegara Malaysia dimana kah kesetiaan kamu kepada Raja dan negara. Walaupun kamu sebagai seorang peguam yang bongkak tapi ingat kami juga mempunyai peguam peguam Melayu yang lebih handal daripada kamu untuk mempertahankan Raja kami.

(petikan artikel dari "http://www.malaysiakini.com/news/97882"
"Karpal: Jangan main-main dengan saya Feb 8, 09 8:15pm
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan."Jangan main-main dengan saya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Tanjong dan Balik Pulau berhubung tindakannya itu, lapor Bernama.Karpal Singh pada Jumaat lepas dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Beliau juga berkata Sultan Azlan Shah adalah raja di negeri Perak dan harus mengikut undang-undang negeri Perak kerana undang-undang itu yang memberi status kepada baginda untuk menjadi raja di negeri tersebut.Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda Umno di negeri ini Karpal berkata :" Umno tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas".Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal Singh menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini. 16 laporan polissementara itu, polis setakat hari ini menerima 16 laporan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Sultan Perak berhubung kemelut politik di Perak.Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata laporan polis itu dibuat sejak semalam hingga petang ini.Kesemua laporan tersebut akan disiasat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Zulkefli juga berkata tiga daripada sembilan lelaki yang ditahan terbabit dalam perhimpunan dan rusuhan di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis manakala enam lagi dijangka dibebaskan esok.Beliau berkata polis masih lagi mengesan beberapa individu yang terlibat dalam rusuhan itu."Siasatan awal polis mendapati kebanyakan individu yang menyertai perhimpunan dan rusuhan haram itu datang dari luar Perak dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta", katanya."

Mengapa harus kita bertelagah sesama Melayu, lihatlah apabila kita berpecah kita lemah dan raja kita menjadi mangsa. Sedar lah wahai bangsaku. "Daulat Tuanku, daulat tuanku, Daulat Tuanku"

Sunday, 8 February 2009

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Assalamualaikum.

Blog ini adalah untuk mereka yang mementingkan perpaduan dan penyatuan orang=orang Melayu demi Agama, Bangsa dan Tanahair yang tercinta.

Biarlah apa yang telah berlaku menjadi pengajaran dan sama-sama lah kita mempunyai kesedaran betapa pentingnya kita Bersatu. Jangan lah lupa pepatah orang tua "Bersatu Kita Teguh, Bercerai kita Roboh" Ibarat lidi seberkas, tidak mudah dapat dipatahkan malah boleh digunakan sebagai penyapu untuk menyapu segala sampah. Mari lah kita lupakan idealogi politik masing-masing buat seketika, fikirkan lah bagaimana untuk kita mempertabatkan bangsa agar anak cucu kita dapat merasa.

RUKUN NEGARA:
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG UNDANG

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pertahan kan lah Rukun Negara kita.

"DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU"

"HIDUP MELAYU"