ALHAMDULILLAH setelah sekian lama menemui kekalahan di setiap pertandingan kini pasukan UMNO telah mendapat Pengurus baru yang diharapkan dapat membuat banyak perubahan. Kehadiran mantan Pengurus dahulu yang pernah satu ketika membawa UMNO ke mercu kecermerlangan adalah satu petanda yang baik kerana mungkin dengan nasihat-nasihat seorang yang pernah berjasa pada UMNO satu masa dahulu dapat memberi pedoman kepada pengurus yang baru kembali mencapai kecermerlangan untuk pasukan UMNO.
Pengurus Pasukan yang baru haruslah mengkaji dengan sebaik mungkin sebelum melantik barisan pengurusan dan memilih pemain-pemain yang benar-benar berkelayakkan dan berkemampuan agar pasukan UMNO tidak lagi kalah didalam pertandingan-pertandingan akan datang.
Cuma satu persoalan yang harus diajak berfikir iaitu adakah dengan pertukaran pemimpin-pemimpin teratas akan dapat mengubah minat rakyat ataupun pengundi kembali kepada UMNO ataupun BN. Bagaimana pula dengan pengurusan dan pemimpin-pemimpin yang dibawah seperti di peringkat Bahagian dan Cawangan yang lebih dekat dengan rakyat ataupun pengundi di kawasan masing-masing. Apakah rakyat senang atau benci dengan pemimpin-pemimpin di peringkat ini.
Sendirilah mau ingat samaada kita sebagai pemimpin diperingkat ini masih kah kita disukai ataupun sebaliknya. Sekiranya berasa kurang diminati maka sebaiknya berundur saja lah. Berilah peluang kepada genarasi muda ataupun yang lebih berkemampuan untuk meneruskan perjuangan seterusnya.


No comments:
Post a Comment