
Monday, 1 June 2009
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N12 PENANTI

Saturday, 30 May 2009
MELAYU DERHAKA untuk Siapa???
SEBAHAGIAN besar orang-orang Melayu sedang berusaha dengan begitu gigih untuk membunuh kuasa orang-orang Melayu. Semakin hari semakin luar biasa orang-orang Melayu bertindak. Malah kita tidak pernah terfikir ada orang-orang Melayu yang sanggup bersama Cina DAP untuk membunuh keimanan dan masa depan orang-orang Melayu baik secara senyap mahupun terbuka.
Kita tidak pernah terfikir bahawa orang-orang Melayu hari ini sudah berani menentang Raja-Raja Melayu secara terbuka. Orang-orang Melayu sudah berani mengangkat muka di depan Sultan dan lebih jauh lagi ada orang Melayu sanggup menderhaka kepada Sultan yang selama ini sejak dari zaman merdeka hingga ke hari ini, orang-orang Melayu begitu menghormatinya.
Kenapa DAP jadi begitu berani? Kenapa DAP berani menjadi biadab dan kurang ajar begitu sekali? Kenapa DAP beria-ia mahu merampas kuasa di Perak? Jawapannya cukup mudah kerana ada orang Melayu terutama sekali daripada PAS dan KeADILan yang menyokong tindakan mereka. Orang-orang Melayu yang bersedia mengorbankan nyawa, jiwa dan raga hanya untuk memastikan DAP dapat berkuasa walaupun Cina DAP begitu biadap dan kurang ajar.
Tanya Hakim Abdul Aziz bagaimana Nizar boleh tahu dari awal bahawa dia menang kes dan selepas sahaja keputusan dibuat, Nizar telah mengedarkan kenyataan akhbar dan tindakan-tindakan yang akan dia ambil. kerana menang kes lawan Zambry Bagaimana keputusan Hakim boleh diketahui awal kalaulah tidak ada konspirasi.Apabila tangan Hakim kotor maka catatan keputusannya akan turut jadi kotor dan menjijikan kepada orang Melayu yang menolak seks bontot.
PAS tidak usah mendabik dada, sombong, angkuh atau apa sahaja. Kemenangan Nizar bukan kemenangan PAS, kemenangan Nizar bukan kemenangan Melayu dan orang-orang Melayu Perak juga kena sedar bahawa mereka tidak perlu lakukan sembahyang hajat atau apa sahaja majlis kesyukuran kerana perjuangan sebahagian besar Melayu di Perak termasuk sanggup menghina Sultan bukan kemenangan PAS ataupun kemenangan orang-orang Melayu tetapi kemenangan itu adalah kemenangan Cina DAP, parti yang dianggotai oleh orang-orang kafir laknatullah.
Benar UMNO dan BN ada cacat celanya. Selagi pemimpin mereka itu bernama manusia, mereka tidak akan lepas dari dosa dan noda tetapi dalam UMNO, pemimpinnya Melayu yang beragama Islam, apakah tidak terdetik langsung dalam perjuangan PAS bahawa seburuk-buruk pemimpin UMNO di mata mereka, sekurang-kurangnya apabila ada kalangan kita yang meninggal dunia, kita akan menerima sedekah sekurang-kurangnya Al-Fatehah tapi apakah Cina DAP yang begitu kuat kita pertahankan hari ini akan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Qur`an apabila ada antara kita meninggal dunia?
Marilah kita sama-sama melakukan solat istikharah dan bertanya kepada diri kita sendiri, apakah betul tindakan kita terutama sekali di Perak, menderhaka kepada Sultan, menyokong Cina DAP sehingga sanggup mencaci maki kawan sebangsa dan seagama dan adakah betul tindakan PAS yang sanggup menjadi kuda tua kepada Cina DAP hanya kerana mahukan kerusi Menteri Besar semata-mata? Dan Melayukah Nizar ini?
Raja yang diderhaka bukan calang-calang raja, Raja melayu..... raja yang tau hukum-hakam, bekas Hakim Negara tau, dan raja yang ada PHd pulak tu. Apa-apa keputusan mesti dikaji bukan buat buta-tuli.
Tak sampai setahun memerintah apa yang mereka buat, konon nya demokrasi, tanah kerajaan di beri pada siapa?? Pak lebai dan Pak haji ada dapat ke? Orang-orang yang dapat tanah tak tidur atas jalan pun, siap tepuk tangan lagi, seronok tengok sarkas.
Berjuang biarlah bertempat, Raja Melayu adalah Payung bangsa. Kita patut berjuang mempertahankan raja, bukan menderhaka.
Berjuanglah untuk Agama Bangsa Dan Negara. Itulah Perjuangan Sejati.
HALAL & HARAM SEBUAH FITNAH
Malaysiakini - May 29, 09 4:10pm
kemaskini 8.57pm Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis. Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur."Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya. Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini. Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.
Thursday, 9 April 2009
PERTUKARAN PENGURUS PASUKAN
Thursday, 19 March 2009
PERARAKAN MALIDUL RASUL MENYATUPADUKAN UMAH
Wednesday, 18 March 2009
G2, G6 & G7, ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN UMNO
Wednesday, 25 February 2009
MELAYU OH MELAYU

Wednesday, 11 February 2009
KISAH ANJING DAN TUAN BANGSAL YANG BAIK HATI

Semasa berjalan mereka terpandang sebuah bangsal yang memang sesuai untuk anjing Betina beranak. Kelihatan seorang manusia berada dekat bangsal tersebut. Maka depa pun menghampiri dan menegur orang itu, lalu Anjing Jantan meminta kebenaran untuk menumpang bangsal itu dan depa berjanji akan keluar selepas Anjing Betina beranak. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun bersetuju untuk membenarkan Anjing Betina menumpang beranak di bangsal nya dan balik kerumah nya yang terletak agak jauh dari bangsal yg di gunakan utk berehat semasa musim durian.
Setelah seminggu, tuan bangsal pergi untuk menebas di dusunnya dan singgah di bangsal tersebut dia dapati Anjing betina telah selamat beranak 8 ekor semuanya. Macam tu lah bangsa Anjing sekali beranak bukan sikit-sikit dan bertanyalah Tuan Bangsal pada anjing-anjing tersebut dah beranak pun bila nak keluar. Maka merayulah anjing berdua itu agar di benarkan depa duduk kat situ kerana anak-anak anjing tu tak boleh berjalan lagi. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun berasa kasihan dan memberi kebenaran pada anjing-anjing tersebut. Setelah sebulan kemudian Tuan bangsal pergi ke dusunnya dan ternampak anak-anak anjing sedang bermain terlompat-lompat dekat bangsal miliknya. Tuan Bangsal pun mendekati bangsal tersebut dan bertanya kepada Mak Anjing bila nak keluar kerana anak-anak anjingnya sudah boleh bermain dan berjalan. Mak Anjing pun meminta tempoh sekali lagi kerana katanya anak-anak-anaknya tak boleh cari makan sendiri dan masih menyusu lagi, kesian la pulak Tuan bangsal pada anjing-anjing itu lalu membenarkan mereka untuk tinggal disitu buat beberapa ketika lagi.
Oleh kerana kesihatan yang kurang baik Tuan Bangsal pun tidak lah ke dusunnya agak sekian lama, lebih kurang setahun. Setelah kesihatannya pulih sepenuhnya terfikirlah dia untuk pergi melihat dusunnya yang telah lama dibiarkan. Setelah sampai ke dusunnya alangkah terkejut Tuan Bangsal apabila disergah oleh lapan ekor anjing, menyalak dan hendak mengigitnya. Maka lari lah Tuan bangsal lintang pukang dikejar oleh anjing-anjing yang garang yang telah lupa asal-usul mereka. KELUHAN MELAYU PULAU PINANG
Semenjak kerajaan bertukar tangan alangkah terasa betapa nasib kami di Pulau Pinang. Peniaga peniaga Melayu yang berniaga di sebuah komplek Perniagaan di Bukit Mertajam yang dahulunya mendapat potongan sewa kedai sebanyak 20% kini terpingga-pingga kerana tiada lagi potongan sewa yang telah diberikan. Dalam krisis ekonomi yang meruncing ketika ini apakah minoriti orang-orang Melayu yang bertapak di kompleks membeli belah tersebut mampu bertahan di sana sedangkan majoriti pelanggan yang mengunjungi kompleks ini adalah orang-orang Melayu. Keistimewaan orang-orang Melayu telah tolak.Kompleks yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam ini pada asalnya adalah tapak sebuah mesjid dan pada zaman DSAI menjadi TPM ia telah bertukar menjadi sebuah kompleks membeli belah dan Hotel yang telah di bangunkan oleh JKP dibawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai sebuah agensi kerajaan JKP yang sepatutnya menjaga kepentingan Bumiputera kini telah tiada lagi kuasa dalam pentadbiran kompleks ini. Yang tinggal hanya lah ZKP Development Sdn Bhd sebagai tuan bangunan dan UDA masih bertindak sebagai Tuan Tanah. Dimanakah peranan UDA sebagai sebuah agensi kerajaan untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu
Dimanakah orang-orang Melayu yang berniaga di komplek ini akan mengadu, kalau dulu masih ada tempat untuk orang-orang Melayu mengadu, YB Senator Datuk Hj Musa bin Hj Sheikh Fadzir berjuang habis habisan bagi mendapatkan hak peniaga-peniaga Melayu di komplek perniagaan ini, kini mereka terumbang ambing mencari pohon untuk bertaut.
Tidak sampai setahun memerintah, hak-hak orang Melayu telah berani diketepikan. Apakah agenda mereka seterusnya, Sedarlah wahai Bangsa ku..
Monday, 9 February 2009
KARPAL OH KARPAL
The Singh who sails a ship is "KARPAL SINGH" apa dah jadi Mr Karpal, walaupun kamu seorang peguam yang termasyur di Malaysia tidak bererti undang undang itu hanya kamu yang punya. Sebagai seorang yang mengaku Warganegara Malaysia dimana kah kesetiaan kamu kepada Raja dan negara. Walaupun kamu sebagai seorang peguam yang bongkak tapi ingat kami juga mempunyai peguam peguam Melayu yang lebih handal daripada kamu untuk mempertahankan Raja kami.
(petikan artikel dari "http://www.malaysiakini.com/news/97882"
"Karpal: Jangan main-main dengan saya Feb 8, 09 8:15pm
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan."Jangan main-main dengan saya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Tanjong dan Balik Pulau berhubung tindakannya itu, lapor Bernama.Karpal Singh pada Jumaat lepas dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Beliau juga berkata Sultan Azlan Shah adalah raja di negeri Perak dan harus mengikut undang-undang negeri Perak kerana undang-undang itu yang memberi status kepada baginda untuk menjadi raja di negeri tersebut.Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda Umno di negeri ini Karpal berkata :" Umno tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas".Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal Singh menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini. 16 laporan polissementara itu, polis setakat hari ini menerima 16 laporan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Sultan Perak berhubung kemelut politik di Perak.Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata laporan polis itu dibuat sejak semalam hingga petang ini.Kesemua laporan tersebut akan disiasat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Zulkefli juga berkata tiga daripada sembilan lelaki yang ditahan terbabit dalam perhimpunan dan rusuhan di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis manakala enam lagi dijangka dibebaskan esok.Beliau berkata polis masih lagi mengesan beberapa individu yang terlibat dalam rusuhan itu."Siasatan awal polis mendapati kebanyakan individu yang menyertai perhimpunan dan rusuhan haram itu datang dari luar Perak dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta", katanya."
Mengapa harus kita bertelagah sesama Melayu, lihatlah apabila kita berpecah kita lemah dan raja kita menjadi mangsa. Sedar lah wahai bangsaku. "Daulat Tuanku, daulat tuanku, Daulat Tuanku"
Sunday, 8 February 2009
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Blog ini adalah untuk mereka yang mementingkan perpaduan dan penyatuan orang=orang Melayu demi Agama, Bangsa dan Tanahair yang tercinta.
Biarlah apa yang telah berlaku menjadi pengajaran dan sama-sama lah kita mempunyai kesedaran betapa pentingnya kita Bersatu. Jangan lah lupa pepatah orang tua "Bersatu Kita Teguh, Bercerai kita Roboh" Ibarat lidi seberkas, tidak mudah dapat dipatahkan malah boleh digunakan sebagai penyapu untuk menyapu segala sampah. Mari lah kita lupakan idealogi politik masing-masing buat seketika, fikirkan lah bagaimana untuk kita mempertabatkan bangsa agar anak cucu kita dapat merasa.
RUKUN NEGARA:
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pertahan kan lah Rukun Negara kita.
"DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU"
"HIDUP MELAYU"




